“Tekanan Haba Kepanasan” adalah masalah yang biasa di hadapi di negara-negara tropika seperti di Malaysia. Dengan suhu diantara 30 - 40 darjah celcius, kita sentiasa mencari kaedah untuk menyejukkan diri kita sama ada dengan menggunakan kipas atau penghawa dingin.
Tarif elektrik semakin meningkat, adalah dianggarkan 40% - 60% daripada kos penyelenggaraan bangunan adalah dari penggunaan kipas dan penghawa dingin. Kita sentiasa ingin menjimatkan penggunaan tenaga elektrik tetapi kita tidak mempunyai banyak pilihan.
Kipas Gergasi HVLS SURIA adalah kipas generasi baru dengan penggunaan tenaga elektrik yang sangat cekap. Kipas bersaiz gergasi ini mempunyai diameter diantara 8’, 12’, 16’, 20’ dan 24 kaki. Ia mempunyai 4 bilah kipas yang unik menghasilkan udara yang lebih nyaman seperti tiupan angin semula jadi.
KELEBIHAN SURIA GIANT HVLS FAN
1. NATURAL WIND
- Aliran angin yang terhasil sangat nyaman dan lembut seperti tiupan angin semulajadi.
- Kelajuan angin di antara 2 - 3 meter / sesaat.
- Menyebarkan aliran angin sehingga 20,000 kaki persegi daripada sudut ke sudut.
- Menjadi daya tarikan disebabkan saiznya yang besar.
- Memperbaiki kualiti dan pengalihan udara, mengurangkan tekanan haba kepanasan dan menyahkan bau.
2. COST SAVING
- Kos penggunaan elektrik kira-kira RM0.50 sen / jam.
- Satu unit kipas 24’ (7.3m) akan menghasilkan angin bersamaan dengan 30 - 50 unit kipas siling biasa.
- Penyelenggaraan yang sangat minima, jangka hayat melebihi 10 tahun.
3. BENEFIT / ADVANTANGES
- Menjadi daya tarikan disebabkan saiznya yang besar.
- Memperbaiki kualiti dan pengalihan udara, mengurangkan tekanan haba kepanasan dan menyahkan bau.
MENGAPA SURIA GIANT HVLS FAN LEBIH BAIK ?
*CFM - AIR VOLUME “Cubic Feet Per Minute”
- Jenama tempatan dihasilkan menggunakan teknologi terkini, dengan komponen berkualiti tinggi dari Eropah.
- Kos pembuatan lebih rendah menghasilkan harga jualan yang sangat kompetitif.
- Menghasilkan jumlah aliran angin yang sama atau lebih banyak berbanding dengan kipas 6, 8 atau 10 bilah.
- Reka bentuk bilah kipas menghasilkan aliran angin yang lebih menyeluruh berbanding jenama lain.
- Kipas lebih “Mesra Alam” kerana kurang penggunaan bahan aluminum di dalam proses penghasilan produk.
Kipas Gergasi HVLS SURIA sangat sesuai dipasang pada ruang yang besar di mana keselesaan, pergerakan aliran angin dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik menjadi matlamat utama. Pemasangan kipas ini memerlukan ketinggian minima siling 6 meter (20 kaki). Kipas ini sangat sesuai digunakan di kawasan-kawasan seperti berikut :
MASJID
LOBI HOTEL
GUDANG
KILANG
PASARAYA
PUSAT PENGEDAR
PUSAT KONVOKESYEN
LAPANGAN KAPAL TERBANG
HOSPITAL
KOMPLEK SUKAN
RESTORAN
DEWAN ORANG RAMAI / SEKOLAH
INI MERUPAKAN KIPAS SURIA GIANT HVLS FAN YANG TELANG DIPASANG DI MASJID AL-FIRDAUS, BANDAR BARU SELAYANG |
BERIKUT MERUPAKAN KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMASANG DAN MENGUJITERIMA 1 SET KIPAS SURIA GIANT HVLS 24' , STRUKTUR SOKONGAN "STEEL I-BEAM & 6 UNITS EXHAUST FAN" |
Video Suria Giant HVLS Fan yang dipasang di Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang
Video Suria Giant HVLS Fan yang dipasang di Masjid Slim River
Harrah's Reno - MapyRO
BalasPadamThe casino is located in the centre of 서귀포 출장안마 Reno, NV near 제주도 출장마사지 downtown 대전광역 출장안마 Reno. The 여주 출장안마 casino is 포천 출장안마 in the historic district of Sparks where its former owner,